Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Remaja 19 Tahun Menggigil Lepas Mengaku Bersalah Rogol Kawan Dalam Surau

Remaja itu turut berhadapan tiga pertuduhan merogol.

Cover image via Berita Harian CARI Infonet

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar kolej menggigil di Mahkamah Sesyen Muar ketika prosiding menjatuhkan hukuman atas kesalahan merogol rakan bawah umur

Menerusi laporan Berita Harian, tertuduh yang bernama Muhammad A'azib Darwish Rosli berhadapan tiga pertuduhan merogol rakan berusia 13 tahun, mengaku bersalah sebaik ketiga-tiga pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam sebuah surau 5 Mac lalu.

Bagi pertuduhan ketiga pula, dia sekali lagi mengulangi perkara sama di sebuah pondok juga pada 20 April lalu.

Image via Berita Harian

Remaja itu didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, bagi setiap pertuduhan dikenakan

Sebelum menjatuhkan hukuman, hakim bertanyakan sama ada dia mengetahui atau tidak akan menerima hukuman berat atas kesalahannya membuatkan dia menggigil ketakutan.

Difahamkan, tertuduh yang baru sebulan memasuki kolej berkenaan didakwa mengenali mangsa melalui aplikasi di media sosial dan mula berhubung dengan mangsa sebelum mereka memutuskan untuk keluar bersama-sama.

Pada 26 April lalu, ibu mangsa bertanyakan padanya selepas dia didapati tidak pulang ke rumah. Mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar dan pemeriksaan mendapati, ada kesan dia dirogol.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan untuk setiap pertuduhan.

Pada masa sama, mahkamah memutuskan kesemua hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh ditangkap.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment