Faisal Halim Kini Kritikal & Kemungkinan Bersara Awal - "Rasa Kulit Macam Terbakar"
Semoga pelaku segera ditangkap!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kondisi kesihatan pemain sayap negara, Faisal Halim semakin membimbangkan apabila dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta
Menerusi laporan Harian Metro, keadaan Faisal semakin membimbangkan kesan daripada kelecuran tahap empat.
Manakala, menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, tangan kiri pemain itu tiada tindak balas dan sedang berada dalam pemantauan rapi.
Difahamkan, dia akan menerima ubat khas dari Australia berikutan keadaan semasanya yang cedera pada tangan rusuk, bahu kesan daripada tindak balas asid itu.
Faisal dilaporkan berisiko bersara lebih awal
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata kini hanya beliau dan isteri Faisal saja dibenarkan untuk melawat dia di wad.
"Sedih saya melihat keadaannya ketika ini, kerana dia ada beritahu bahawa terasa sakit seperti terbakar di dalam kulit dan mengerang kesakitan," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!