Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Sebab Rindu Lauk Isteri, Ayah Datang Bawa Bahan Suruh Masakkan Ini Buat Ramai Sayu

Sebak pula tengok.

Cover image via @stapagonjeng (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita semua sudah pasti terbiasa dengan masakan ibu di rumah bukan?

Air tangan ibu lah yang akan dirindui oleh semua ahli keluarga jika duduk berjauhan. Masakan ibu memang tiada tandingannya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki rindu masakan isterinya dan membawa bahan menyuruh anaknya masak telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Lama tak rasa masakan isteri, suruh anak masakkan sambal udang petai

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang merakam ayahnya yang datang ke rumah.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila ayahnya dilihat membawa udang mentah untuk diberikan kepadanya. Disebabkan terlalu rindu masakan arwah isteri, dia menyuruh anaknya masakkan lauk kegemaran iaitu sambal udang petai.

Selesai masak, dia dilihat makan lauk itu bersama nasi dengan berselera. Ramai sayu melihat keadaan ayahnya itu.

Image via @stapagonjeng (TikTok)

"Kita punya kisah yang sama, macam ini lah juga ayah saya since mak saya dah 6 tahun meninggal, sampai saya kahwin pun masih request lauk favourtie dia" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 231K tontonan, 19K tanda suka dan 600 komen di TikTok, rata-rata netizen turut sebak melihat video itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @stapagonjeng (TikTok)

Image via @stapagonjeng (TikTok)

Image via @stapagonjeng (TikTok)

Semoga pak cik sentiasa diberi kesihatan yang baik, Amin! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment