Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] "Siap Bawa Meja" - Tak Boleh Makan Di Restoran, Pak Cik Ini Order Dalam Kereta

Macam makan dekat kedai.

Cover image via @thebangroti (Twitter)

Umum sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 telah pun dilaksanakan bermula 13 Januari yang lalu

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh PKP ini.

Antaranya adalah had operasi bagi restoran yang dibenarkan sehingga pukul 8 malam saja. Malah, pelanggan juga hanya boleh 'tapau' makanan untuk dibawa pulang.

Namun, lain pula yang terjadi apabila tular mengenai satu video di Twitter menunjukkan seorang pak cik sanggup menjadikan keretanya sebagai tempat makan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Editor Malaysia

Tak boleh lepak di restoran, sanggup bawa meja makan dalam kereta

Menerusi video tersebut, kelihatan sepasang suami isteri sedang berada di dalam kereta sambil menunggu makanan mereka.

Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah pasangan ini siap bawa meja sendiri untuk makan bersama di dalam kereta mereka.

Jika dilihat ia tidak ubah seperti suasana berada di restoran kerana gaya dan caranya seakan-akan seperti makan di luar.

"Pak cik mak cik, good idea. Makanan ni kalau bungkus bawa balik rumah lain rasa dia" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga kagum dengan idea yang dicetuskan oleh pasangan berkenaan.

Malah ada yang berpendapat perangai mereka berdua yang bersahaja santai tak lari seperti makan di restoran.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 112.3K views, 4.9K retweets dan 4.8K likes.

Lihat komen-komen menarik daripada netizen di Twitter:

Tiba-tiba rasa macam nak buat jugalah. Menarik idea ni :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment