[VIDEO] "Sorok Bahan Bukti" - Suami Siap Cuba Duduk Sangkakan Kerusi Mini, Rupa-Rupanya
Bahan bukti kenalah simpan.
Perempuan dengan sifat suka membeli-belah memang tak boleh dipisahkan
Pada zaman teknologi serba canggih kini, banyak aplikasi yang boleh memudahkan para wanita untuk berbelanja tanpa perlu keluar dari rumah. Kebiasaannya, suri rumah yang banyak berbelanja betul tak?
Iyalah, kalau suri rumah dah habis mengemas dan menguruskan anak pastinya akan scroll TikTok Shop, Shopee dan sebagainya. Scroll tu bukan sekadar scroll ya. Scroll sambil shopping.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial apabila seorang wanita sorokkan parcel daripada suaminya di dalam sebuah kotak telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Si suami sangkakan kerusi mini, rupanya kotak berisi parcel
Menerusi perkongsian video berkenaan, kelihatan suaminya sedang melihat kotak yang disangkakan sebuah kerusi mini.
Akan tetapi, disebabkan kotak itu nampak mencurigakan. Si suami terus membuka dan rupa-rupanya itu bukanlah kerusi tetapi kotak yang berisi parcel.
Difahamkan, dia membeli kotak tersebut untuk sorokkan parcel daripada diketahui oleh suaminya. Namun, dia masih terkantoi juga
Lihat video lain itu di bawah:
"Akak macam perangai saya juga. Tapi saya selalu kantoi sebab anak-anak kantoikan" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 730.4K views, 38.3K likes dan 194 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat suami isteri itu. Malah, ada yang berkongsi pengalaman sama ketika sorokkan parcel daripada suami.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @girlylah___ (TikTok)
Image via @girlylah___ (TikTok)
Image via @girlylah___ (TikTok)
Image via @girlylah___ (TikTok)
Semoga bertabah ye bang. Wife abang shopping nak hilangkan stress tu :P
Image via Tenor
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment