seismik

Sempat Jamah 'Fish & Chip' Ketika Tahan Sakit Contraction, Rupanya Ramai Buat Perkara Sama

Hehe, makan kan penting.

Cover image via @hanisahy_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Contraction pain adalah kesakitan yang dialami wanita ketika pengakhiran kehamilan mereka

Contraction ini juga adalah sebagai tanda mahupun isyarat untuk ibu mengandung bersedia untuk melahirkan anak. Kebiasaannya, rasa sakit ini berlaku sebelum 37 minggu kelahiran. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang wanita mengandung sempat menjamah makanan walaupun sedang menahan sakit contraction telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@hanisahy_ Dalam otak aku makan selagi larat, nanti 44 hari pantang tak boleh makan #pregnancyjourney #firsttimemom Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Sempat jamah fish & chip walaupun tengah tahan sakit

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @hanisahy_, kelihatan dia menunjukkan momen ketika dia sedang mengalami sakit contraction.

Difahamkan, video tersebut adalah video throwback ketika dia ingin melahirkan anak pertamanya. Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia dilihat sempat menjamah makanan walaupun sedang menahan sakit.

Malah, di ruangan kapsyennya dia berkata "Dalam otak aku, makan selagi larat. Nanti 44 hari pantang tak boleh makan".

"Saya dulu sebelum beranak tengah contraction, sempat juga lah makan nasi ayam 2 pinggan" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 280.8K views, 12.9K likes dan 405 comments di TikTok. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka ketika sakit contraction. Malah, ada juga netizen yang sempat menjamah makanan sepertinya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ibu min pun pernah cerita, dulu dia sakit sempat pergi minum teh tarik dekat mamak :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: