seismik

[VIDEO] Si Cilik Nak Tolong Ayah Lapkan Meja, Sekali Customer Pula Disuruh Bersihkan

Amboi, siap goyang-goyang kepala eh.

Cover image via @ceoayampedaskorea (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anak yang sedang membesar dengan telatah comelnya memang tidak boleh dipisahkan

Apabila sudah semakin membesar pastinya akan ada sahaja gelagat lucu yang dilakukan oleh mereka. Gelagatnya itu kadangkala luar dari kotak pemikiran orang dewasa. Tetapi dengan melihat telatah mereka itulah yang berjaya membuatkan kita terhibur.

Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang lelaki berkongsi gelagat anaknya dari rakaman CCTV ketika membersihkan meja telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ceoayampedaskorea Pengasuh cuti , anak ayah kene ikut g work tolong kat kafe , lain lak jadi nya #CapCut Apaci Apacu - C L A

Nak tolong ayah bersihkan meja, last-last customer yang bersihkan

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan situasi dari rakaman CCTV ketika anaknya yang ingin menolong membersihkan meja di restoran miliknya.

Difahamkan pengasuh anaknya itu sedang bercuti dan dia perlu membawa anaknya ke kedai. Tanpa paksaan, anaknya dengan rela hati ingin membantunya membersihkan meja pelanggan.

Pada awalnya, si cilik itu kelihatan seronok membersihkan meja. Namun, selepas itu dia dengan selamba menyuruh pelanggan membersihkan sendiri meja yang mereka duduk.

"Adik ni akan jadi ketua pengarah syarikat tak lama lagi. Kecil-kecil dah pandai mengarah customer ya dik" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.6M views, 146.3K likes dan 1,040 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur dan memuji kecomelan si cilik itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

"Nak makan? Laplah sendiri", berkata adik itu dalam hati :P

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: