seismik

[VIDEO] Budak Meraung Sebab Takut Dengan Getah Ini Rupa-Rupanya Ada Astihophobia

Baru tahu ada nama penyakit ni.

Cover image via @nor_alrayyan (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti akan ada perasaan fobia dengan sesuatu bukan?

Misalnya sebagai contoh fobia dengan laut yang digelar Thalasophobia. Fobia ini adalah fobia yang takut dan cemas apabila melihat kedalaman dan keluasan laut. 

Fobia bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main. Hal ini kerana, ia juga boleh menganggu kestabilan mental seseorang akibat ketakutan yang melampau.

Sama juga seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, apabila seorang kanak-kanak lelaki menangis ketakutan kerana takut dengan getah telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nampak saja getah, terus auto menangis sebab takut

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nor_alrayyan, kelihatan dia sedang merakam reaksi anaknya ketika sedang makan.

Namun, apa yang menjadi tumpuan adalah terdapat segenggam getah berhampirannya yang membuatkan dia menangis ketakutan. Situasi itu membuatkan ramai berasa pelik kerana baru pertama kali melihat seseorang yang takut dengan getah.

Rupa-rupanya fobia dengan getah ini memang wujud dan digelar sebagai Astihophobia.

Lihat video lain itu di bawah:

"Tak pernah tengok orang takut getah. Kesiannya dia. Anak akak simpan getah buat lastik cicak" - Netizen

Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 4.2M views, 183.8K likes dan 6,690 comments di TikTok. Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Min pun tak sangka memang ada fobia dengan getah :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: