seismik

[VIDEO] Gadis Ini Selamba Jadikan Beras Sebagai Kudapan, Rupanya Ramai Buat Perkara Sama

Sedap ke?

Cover image via @minnyyya (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam ramai-ramai orang yang kita pernah jumpa, pasti akan ada seseorang yang mempunyai tabiat lain daripada lain

Mungkin tabiat itu adalah perkara biasanya baginya. Tetapi bagi kita yang baru saja melihat perkara itu, pasti akan berasa pelik.

Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang gadis kelihatan sedang seronok menjadikan beras sebagai kudapan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba makan beras sambil scroll telefon

Menerusi video berkenaan, gelagat gadis itu dirakam oleh rakannya ketika dia sedang khusyuk menjamah kudapan.

Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah, dia menjadikan beras sebagai kudapan itu membuatkan ramai berasa pelik. Hal ini kerana, dia kelihatan sedang layan kudap beras tersebut.

Rupa-rupanya, segelintir netizen juga berbuat perkara yang sama. Mereka juga berkongsi ia seolah-olah seperti sedang makan kacang atau kuaci di depan televisyen.

"Weh, aku pun suka makan beras macam ni. Sedap gila" - Netizen

Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 53.9K views, 3,924 likes dan 221 comments di TikTok. Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sekarang ni min betul-betul nak tahu, apa rasa makan beras ya?

Image via Giphy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: