[VIDEO] "Tak Takut Dosa" - Perompak Tabung Surau Siap Bawa Grinder Nak Mencuri
Masih tak insaf ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti yang kita tahu, bulan Ramadan bakal tiba tidak lama sahaja lagi
Sudah pasti ramai yang telah siap membuat persiapan untuk menyambut bulan yang mulia ini. Malah, pada masa inilah kita perlu lebih perbanyakkan lagi amal ibadah dan memperbaiki diri.
Namun, tidak semua orang berfikiran begitu dan mahu menjadi lebih baik.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mencuri tabung di sebuah surau taman perumahan dirakam oleh kamera lita tertutup (CCTV).
Image via Update info semasa (Facebook)
Bawa mesin grindle nak mencuri duit tabung
Menerusi video dari CCTV itu, kelihatan seorang lelaki yang memakai pelitup muka bertindak dengan melakukan pencurian tabung di sebuah surau. Difahamkan, kejadian berlaku di surau Taman Tasek Damai, Ipoh, Perak.
Apa yang lebih mengejutkan dia menggunakan mesin grinder supaya ia lebih mudah untuk mengambil duit dalam tabungan tersebut.
Selepas beberapa saat, dia kemudian berjaya memecahkannya dan mengambil beg untuk mengisi wang-wang berkenaan.
Bagaimanapun, dia dilihat tidak berpuas hati dan pergi ke tabung yang kedua sehingga menggoncangkannya. Namun, selepas itu dia terus beredar dari surau tersebut.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment