Hanya Bergantung Pada Ubat Tahan Sakit, Lelaki Maut Kena Jangkitan Akibat Gigi Berlubang
Keadaan lelaki itu semakin lama semakin merosot.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki meninggal dunia selepas mengalami jangkitan serius dipercayai berpunca daripada masalah gigi berlubang
Menerusi laporan, difahamkan kejadian berlaku di Indonesia selepas isteri lelaki itu memberitahu suaminya yang berusia 40-an tidak pernah menjalani pemeriksaan gigi.
Menurutnya walaupun suaminya itu mengalami kesakitan, dia hanya bergantung kepada ubat tahan sakit sahaja.
"Baru-baru ini Firmasyah mengalami bengkak di pipi dan hanya menampal koyok pada bahagian tersebut dengan harapan sakitnya akan reda.
"Pagi-pagi seperti biasa pergi kerja, terus mengadu leher bengkak dan kirim gambar. Dikira sakit gigi biasa, makanya pipi ditampal koyok," katanya.
Keadaan suami makin lama makin parah, sehingga sukar bernafas dan makan
Namun, hari demi hari keadaan lelaki itu semakin teruk sehingga pipinya mula membengkak sehingga menyukarkan suaminya makan dan bernafas.
Risau melihat keadaan suami, isterinya kemudian membawa suaminya terus ke wad kecemasan untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, selepas menerima rawatan, mereka diminta pulang tanpa sebarang pemeriksaan lanjut mengenai masalah gigi berlubang yang dihadapinya.
Namun, pada hari yang sama, lelaki itu dibawa semula ke hospital dan menceritakan tentang masalah giginya sehinggalah membawa kepada penemuan mengejutkan.
Doktor memberitahu jangkitan itu berpunca daripada gigi berlubang telah merebak ke bahagian leher dan bahunya.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat nanah yang telah merebak, menyebabkan doktor segera menempatkannya di unit rawatan rapi (ICU) untuk menjalani pembedahan.
"Doktor kata ada nanah dan perlu operasi segera. Dibawa untuk x-ray gigi dan paru-paru, hasilnya bengkak bukan disebabkan keradangan tetapi jangkitan dari nanah hingga merebak ke leher dan bahu," jelas isterinya.
Selepas dua hari menjalani pembedahan, keadaan lelaki itu semakin merosot dan dia terpaksa ditidurkan sebelum disahkan meninggal dunia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!