[VIDEO] "Tengah Healing Ke Tu?" - Gelagat Bayi Merenung Tingkap Raih Pujian Comel Warganet
Sabar dik, hidup ini tidak selalunya indah.
Gelagat comel dan mencuit hati bayi sering menjadi penghibur hati ibu bapa disaat sunyi
Melihat anak membesar dengan baik adalah anugerah terindah bagi ibu bapa. Kecomelan bayi menjadi ukiran senyuman manis mereka.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, gelagat bayi yang khusyuk merenung tingkap jadi perhatian ramai.
Lihat video penuh berkenaan di bawah:
Jauh betul dia merenung, sampai tak sedar dengan sekeliling
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @alyaninazirahh di TikTok, dilihat gelagat comel bayi yang termenung jauh menghadap tingkap tanpa menghiraukan suasana.
Lebih menghiburkan, bayi tersebut dilihat tenang dan fokus termenung seakan-akan mempunyai masalah besar dalam hidup.
Ketika ini, trend 'healing' banyak digunakan dalam TikTok sebagai content.
Image via @alyaninazirahh (TikTok)
Image via @alyaninazirahh (TikTok)
Image via @alyaninazirahh (TikTok)
"Dia pun pandai healing" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat kecomelan tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 245.3K views, 31.9K likes dan 517 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @alyaninazirahh (TikTok)
Image via @alyaninazirahh (TikTok)
Image via @alyaninazirahh (TikTok)
Dia punya gaya macam banyak betul masalahnya :P
Image via TENOR
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment