[VIDEO] Wajah Si Anak Seakan Sama, Ibu Kongsi Suka Tengok Muka Hrithik Roshan Masa Hamil
Ada mirip-miriplah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, pasti banyak benda berbeza yang pernah dilalui bukan?
Antaranya mengidam makanan yang pelik-pelik dan sebagainya. Tetapi, itu semua perkara biasa. Termasuklah suka melihat wajah atau artis kegemaran mereka dengan harapan agar anak juga ada seiras muka dengannya.
Situasi itu sama seperti video yang tular ini apabila seorang wanita berkongsi wajah anaknya yang seakan-seakan sama dengan pelakon popular bollywood iaitu Hrithik Roshan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suka tengok muka Hrithik Roshan sampai terkenan dekat anak
Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi semasa dia hamil dia suka melihat wajah pelakon popular Hritjik Roshan.
Namun, sebaik saja bersalin dia mendapati wajah anaknya itu ada iras seakan-akan sama dengan popular berkenaan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah jari kanak-kanak tersebut juga dilihat sama seperti pelakon itu.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Hidung dia pun ada iras-iras dah tu. Cutenya" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi teruja mereka melihat kanak-kanak tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 885.5K views, 67.7K likes dan 655 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @reeen._ (TikTok)
Image via @reeen._ (TikTok)
Image via @reeen._ (TikTok)
Image via @reeen._ (TikTok)
Image via @reeen._ (TikTok)
Image via @reeen._ (TikTok)
Image via @reeen._ (TikTok)
Comelnya awak, betul lah orang cakap memang boleh terkenan kalau suka tengok wajah seseorang tu :D
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment