[VIDEO] Wanita Dari China Akui Burger Ramly Paling Sedap Yang Dia Pernah Try Seumur Hidup
Burger Ramly on top!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi peminat burger tepi jalan, sudah tentu dalam banyak-banyak jenama, Ramly menjadi salah satu kegemaran anda bukan?
Siapa saja yang tidak mengenali burger Ramly? Sejak dulu lagi burger Ramly menjadi pilihan orang ramai jika ingin mencuba burger tepi jalan.
Bukan saja harganya yang berbaloi, isi di dalam burger Ramly pun banyak membuatkan pelanggan berpuas hati membelinya. Rasa jangan cakaplah, memang sedap!
Kini, burger Ramly boleh didapati di mana-mana sahaja kerana cawangan mereka sudah banyak. Malah, Ramly juga mempunyai beberapa restoran yang menjual pelbagai menu lain daripada produk mereka.
Wanita dari China akui burger Ramly antara yang paling best dia pernah cuba
Baru-baru ini, seorang wanita dari China tidak terkecuali mencuba burger Ramly tepi jalan. Menurutnya, dia berpuas hati dengan rasa dan harga burger tersebut.
Malah, dia berpendapat burger Ramly antara yang paling sedap dia pernah makan seumur hidupnya.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @jinyuting74, wanita berkenaan mengambil set burger bersama french fries.
Image via @jinyuting74 (TikTok)
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment