seismik

Lelaki Baca Ruqyah Masa Hiking Dalam Hutan, Sekali Ada Suara Nenek Tua 'Mengejek', Seram!

Meremang terus bila dengar suara nenek tu.

Cover image via @mhmmdhsm (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Aktiviti hiking kini dilihat semakin digemari orang ramai, terutama dalam kalangan remaja

Kebiasaannya, aktiviti ini lebih seronok jika dilakukan beramai-ramai bersama kawan atau keluarga. Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang lelaki berani hiking seorang diri di dalam hutan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nazihsopian di TikTok lelaki tersebut membaca zikir dan ayat ruqyah ketika memulakan aktivitinya.

Walau bagaimanapun, ketika dia sedang membaca ayat ruqyah itu, tiba-tiba kedengaran suara nenek tua seperti mengejeknya.

Ada yang kata mungkin suara bunian

Susulan tularnya video itu yang kini meraih 4.4M tontonan, ramai netizen mengatakan kemungkinan suara nenek tua itu adalah bunian.

Ada yang berkongsi pengalaman ahli keluarga mereka yang hilang kerana masuk ke alam bunian.

Dalam pada itu, ada juga yang berkata sebenarnya tidak digalakkan membaca ayat ruqyah kalau masuk ke dalam hutan kerana ia seolah-olah mengganggu dan membakar 'makhluk' lain yang berada di sana.

Lihat video penuh di bawah:

@nazihsopian

Terecord suara nenek. Dikatakan gunung ni banyak perkampungan bunian. Masa ni kumpulan hiking berada jauh. Biasala dah sorang mesti kita nyanyi/baca apa yg kita tahu. Waktu tengahari lagi, Tempat rahsia. hiking nature

original sound - Nazih - Nazih

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: