Sejuta Buku Tulis Kitar Semula Diedarkan Untuk 100,000 Murid B40 Di Empat Negeri
Semoga dapat memberi manfaat untuk adik-adik ini semua.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu juta buku latihan yang diperbuat dari kertas kitar semula diedarkan ke 2,060 sekolah di empat negeri tahun ini yang bakal memberi manfaat kepada 100,000 murid miskin dan dalam kategori B40
Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku, Hasri Hasan berkata buku berkenaan diedarkan di sekolah sekitar Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya dan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
"Sekolah terpilih akan menerima satu kotak mengandungi 400 buku latihan yang akan diedarkan kepada 40 murid miskin tegar dan B40.
"Selain membantu pelajar memerlukan, inisiatif ini dapat menjimatkan kos selain menjaga alam sekitar," katanya.
Sebanyak 18 syarikat termasuk satu dari Thailand memberi sumbangan kepada program tersebut yang menjadikan nilai keseluruhan RM650,000
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan.
Difahamkan, sumbangan itu adalah salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) berteraskan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang dijalankan bersama MBKM dan rakan strategik.
Beliau berkata, sebanyak 18 syarikat termasuk satu dari Thailand memberi sumbangan kepada program itu yang menjadikan nilai keseluruhan RM650,000.
"Kami menyasarkan program itu dapat diperluas ke seluruh negara dengan serahan dua juta buku tulis kitar semula pada tahun hadapan," katanya.
Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Khalida Omar, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Mohd Khair Ngadiro dan Guru Besar SK Taman Seri Pagi, Amir Fikri Ithnin.
Mohd Khair berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan syarikat korporat dan perseorangan untuk turut sama menyumbang dalam program terbabit.
"Selain membantu pelajar B40, syarikat dan individu yang menyumbang dalam aktiviti ini juga boleh mendapat pelepasan cukai hingga 10 peratus," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!