seismik

[VIDEO] Hael Husaini Gagal Tahan Air Mata Jantan Masa Nadeera Perform 'Bukan Lagi Kita'

Admin dah 10 kali repeat performance Nadeera ni!

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Komposer lagu Bukan Lagi Kita iaitu Hael Husaini tidak dapat mengawal air matanya ketika melihat Nadeera menyampaikan lagu itu pada malam AJL39

Menerusi rakaman yang tular dikongsi oleh pengguna di laman X, Hael dilihat menitiskan air mata jantan sambil dipeluk oleh salah seorang krew di bawah pentas sebaik saja Nadeera menyelesaikan persembahannya.

Difahamkan, Hael bersungguh-sungguh ingin melihat Nadeera mencapai impiannya untuk berada di pentas AJL39.

Image via TV3 Malaysia
Image via TV3 Malaysia

Peminat first time tengok Hael menangis dan turut sebak

"To be honest kan, I tengok Hael memang nak angkat Nadeera dalam industry muzik ni. Boleh nampak cara dia push, jaga & rooting for Nadeera since day 1. Dia nampak & percaya dengan bakat yang ada dalam diri Nadeera," katanya.

Dalam pada itu, ramai peminat berterima kasih kepada Hael kerana nampak potensi yang ada pada Nadeera.

Image via @Leo_Oyen (X)
Image via @Leo_Oyen (X)
Image via @Leo_Oyen (X)

Menurut Nadeera pula, inilah saat yang ditunggu-tunggu sejak 10 tahun lalu saat dia mula melangkah ke dalam industri muzik tanah air

Image via TV3 Malaysia

Sedikit info, bakat nyanyiannya mula dikenali setelah dia menyertai Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua pada 2012 dan Mentor Legend pada 2014 sebagai protege kepada Zainal Abidin.

Single pertamanya yang berjudul 'Hasrat Hati' dilancarkan pada tahun 2015. Pada tahun 2023, Nadeera dinobatkan sebagai juara Big Stage musim kelima dan memenangi wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: