seismik

Satu Stadium Axiata Arena Bagi Standing Ovation Untuk Persembahan ‘Aura’ Ernie Zakri

Power gila suara Ernie! Macam alam magika!

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pentas Anugerah Juara Lagu Ke-39 menjadi lebih hangat apabila Ernie Zakri berjaya mendapatkan standing ovation daripada para penonton di Axiata Arena, Kuala Lumpur selepas membuat persembahan lagu Aura!

Seperti berada di alam magika, Ernie menampilkan konsep bunga dalam persembahannya kali ini.

Vokal Ernie yang harmoni dengan melodi lagu, ditambah pula dengan soprano yang memukau para pendengar membuatkan ramai juga meramal dia bakal merangkul Vokal Terbaik AJL39.

Difahamkan, lagu Aura ditujukan khas buat peminat Ernie yang selama ini tidak henti-henti memberi sokongan buatnya.


Image via TV3 Malaysia
Image via TV3 Malaysia

Sebagai rekod, AJL adalah majlis pengiktirafan kepada komposer dan penulis lirik yang menghasilkan karya terbaik, selain memberi anugerah kepada penyanyi yang membuat persembahan serta memiliki vokal terbaik.

Lagu yang bakal berentap malam ini adalah Hening Rindu (Marsha Milan), Sengaja (Amir Masdi) adalah Puas Sudah (Aina Abdul), Saksama (Akim & The Majistret), Diam (Hael Husaini), dan Aura (Ernie Zakri).

Turut bertanding, Bukan Lagi Kita (Nadeera), Bintang (Hael Husaini), Pujaanku (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz), Risiko (Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique) serta Terus Bersinar (Hafiz Suip).

Kesemua karya ini diadili barisan juri profesional termasuk Datuk Mokhzani Ismail, LY, Efry Arwis, Helen Yap dan AD Samad ketika Separuh Akhir Muzik Muzik 39 lalu.


Adakah Ernie Zakri bakal merangkul anugerah vokal terbaik malam ini?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: