Pengantin Bersanding Tema Gothic - "Ni Baru Betul Wedding Aku, Duit Aku, Suka Hati Aku"
Fuhh, rare akak ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kebiasaannya, ramai pengantin wanita memilih tema ala-ala princess atau fairytale di hari persandingan mereka
Namun, berbeza pula dengan pasangan pengantin baharu yang tular baru-baru ini apabila mereka memilih tema gothic di hari istimewa mereka.
Menerusi video yang dikongsi oleh @dibmelati_mua di laman TikTok, kelihatan pengantin perempuan itu berarak memakai busana serba hitam serta solekan ala-ala gothic yang menyeramkan.
Susulan tularnya video tersebut, warganet turut memberikan pelbagai reaksi mengenainya
Malah, ada yang mengatakan itulah definisi sebenar 'wedding aku, duit aku, suka hati aku' kerana pasangan pengantin itu tidak menghiraukan pandangan tetamu lain asalkan mereka bahagia dengan pemilihan tema tersebut.
Bukan itu saja, ramai yang berseloroh mengatakan tema itu sangat kena dengan lagu My Chemical Romance iaitu Helena.
Antara komen daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!