Penjawat Awam Di Pahang Habis Kerja 12.30 Tengah Hari Setiap Jumaat Sepanjang Ramadan Ini
Wah bestnya boleh balik awal!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menetapkan waktu bekerja penjawat awam di negeri Pahang berakhir pada 12.30 tengah hari pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan ini
Menurut laporan Harian Metro, baginda bertitah, Kerajaan Pahang yang bersidang pada 5 Februari lalu bersetuju dan meluluskan cadangan itu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
"Keputusan dan kemudahan yang diberikan ini adalah untuk memberi peluang kepada penjawat awam untuk memanfaatkan lebih masa bersama keluarga di bulan Ramadan di samping memuliakan hari Jumaat, penghulu segala hari," titah baginda.
Difahamkan, baginda bertitah demikian ketika berangkat merasmikan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Pahang Kali Ke-68 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah malam tadi, 13 Februari.
Titah baginda lagi, Ramadan yang bakal tiba turut menjadi waktu dan masa terbaik untuk kembali kepada fitrah dan mengurangkan tumpuan pada hal duniawi
Menurut baginda juga, masyarakat Islam seharusnya mengambil peluang untuk mendekatkan diri kepada Al-Quran serta memperbanyakkan tilawah, tadabbur dan mengamalkan ajarannya di dalam kehidupan.
"Saya juga tidak terlepas dalam menghidupkan pembacaan al-Quran dan mentadabbur ayat suci al-Quran bersama-sama pegawai dan staf di Istana Abdulaziz.
"Sesungguhnya, al-Quran itu bukan sekadar dibaca tetapi difahami dan dihayati maknanya. Ilmu Al-Quran ini wajib dipelajari secara bertalaqi, sebagaimana Rasulullah SAW sendiri diajarkan oleh malaikat Jibril," titah baginda.
Turut berangkat Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah serta Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!