seismik

Marsha Dinobat Juara AJL39, Nadeera Naib Juara, Akim & The Majistret Di Tempat Ketiga

Tahniah semua pemenang!

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setelah sekian lama menanti, Marsha akhirnya dinobat menjadi juara Anugerah Juara Lagu 39!

Lagu Hening Rindu yang merupakan ciptaan komposer terkenal Ikhwan Fattana dan Wan Salleh serta liriknya ditulis oleh Salleh sendiri. Ia adalah lagu ke-9 bersama Alternate Records & Talents.

Image via TV3 Malaysia
Image via SAYS Seismik

Manakala, Nadeera pula menjadi naib juara selepas lagu hitnya Bukan Lagi Kita kian mendapat tempat di hati peminat

Nadeera yang pertama kali memasuki Anugerah Juara Lagu (AJL39) sememangnya menjadi ramalan ramai untuk merentap gelaran juara. 'Bukan Lagi Kita' ialah hasil ciptaan oleh Hael Husaini dan Iqie Hugh. 

Image via TV3 Malaysia

Akim & The Majistret (ATM) pula di tempat ketiga AJL39 kali ini

What an epic comeback! Selepas beberapa tahun tidak bertanding, Akim & The Majistret berjaya mendapat tempat di carta AJL39.

Selepas muncul dengan single Roulette, kira-kira tiga tahun lalu, ATM mengubat rindu peminat dengan lagu baharu berjudul Saksama, ciptaan bersama ahli ATM dan isteri Akim, iaitu Stacy atau nama penanya, Bunga Cantik yang menghasilkan lirik.

Image via TV3 Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: