seismik

Selamba Bergambar Di Sayap Kapal Terbang, Cabin Crew Didenda Hampir RM100,000

Hmm tak pasal-pasal je.

Cover image via Japan Aviation Hub & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang kru kabin sebuah syarikat penerbangan tambang murah Korea Selatan dilaporkan berdepan hukuman denda hampir RM100,000 selepas bertindak memanjat sayap pesawat untuk bergambar ketika penerbangan ditunda akibat cuaca buruk di sana

Menurut laporan Sinar Harian, penerbangan 703 yang dijadualkan berlepas ke Pulau Jeju pada jam 10.20 pagi itu ditunda lebih satu jam akibat salji lebat di kawasan tersebut.

Difahamkan, kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Cheongju itu berlaku setelah salah seorang kru penerbangan syarikat Eastar Jet membuka tingkap kecemasan sebelum memanjat ke sayap kiri pesawat untuk bergambar.

Menurut Akta Perlindungan Pangkalan dan Kemudahan Ketenteraan, individu yang mengambil gambar tanpa kebenaran di kawasan dilarang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum sebanyak 30 juta Won (RM92,000).

Image via Sinar Harian

Lapangan Terbang Antarabangsa Cheongju merupakan kawasan ketenteraan terkawal dan sebarang aktiviti penggambaran tanpa kelulusan pihak berkuasa adalah dilarang

Susulan insiden berkenaan, Eastar Jet menafikan dakwaan bahawa pintu kecemasan dibuka semata-mata untuk mengambil gambar.

Syarikat itu menjelaskan bahawa kru kabin berkenaan diarah membuka pintu kecemasan sebagai sebahagian daripada latihan yang jarang dilakukan.

"Syarikat penerbangan memanfaatkan masa menunggu akibat salji lebat untuk menjalankan latihan pintu kecemasan yang biasanya jarang dilakukan," kata seorang pegawai Eastar Jet.

Pihak syarikat itu bagaimanapun mengakui perbuatan kru kabin bergambar adalah tidak wajar dan memberi jaminan akan mengambil tindakan terhadapnya selepas siasatan selesai.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: