[VIDEO] Wanita Sebak Makan Masakan Terakhir Mendiang Suami 2 Tahun Lalu Yang Dibekukan
Siapa potong bawang ni? :'(
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang wanita tidak dapat menahan sebak apabila terpaksa makan masakan terakhir mendiang suaminya sebelum ingin pindah rumah
Menerusi video berdurasi 1 minit 18 saat yang dimuat naik oleh @sabfortony atau lebih dikenali sebagai Sabrina, wanita itu berkata kari tersebut merupakan masakan terakhir suaminya pada hari dia meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira dua tahun lalu.
Sabrina tidak dapat menahan air matanya semasa menceritakan kisah di sebalik masakan terakhir itu dalam video berkenaan.
Image via @sabfortony (TikTok)
"Pada hari Tony meninggal dunia, saya teringin nak makan kari Jepun dan memintanya masak untuk saya. Saya sempat simpan sikit kari itu dalam peti sejuk untuk awetkan ia selamanya.
"Tapi sebab saya dah nak pindah, saya terpaksa makan juga. Saya tahu mungkin ada yang cakap saya gila sebab dah lebih dua tahun. Tony lah yang selalu masak dalam keluarga kami.
"Setiap kali saya teringin nak makan apa-apa mesti dia akan masakkan untuk saya. Itu cara dia tunjukkan kasih sayang dia pada saya. Terima kasih Tony untuk masakan terakhir ini," katanya.
Image via @sabfortony (TikTok)
Dalam pada itu, warganet turut sebak dan mengalirkan air mata melihat video tersebut
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment