Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Wanita Terkilan Orang Luar Selamba 'Breastfeed' Anak Tanpa Izin Masa Majlis Aqiqah

Suka hati dia je!

Cover image via @afieqahhasanah (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita sentiasa mahu menjaga kesihatan anak betul tak?

Dengan bermacam-macam penyakit yang ada pada zaman sekarang, lagilah kita risau jika anak dijangkiti dan mendapat sakit disebabkan sikap orang sekeliling.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seoraang wanita meluahkan rasa terkilannya kerana orang luar selamba menyusukan anaknya tanpa izin telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Dua kali kantoi, bagi alasan breastfeed sebab bayi menangis

Menerusi video yang dimuat naik oleh @afieqahhasanah, kelihatan wanita itu menceritakan pengalaman pahit yang dilalui ketika membuat persiapan majlis aqiqah anaknya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia kecewa kerana orang yang rapat dengannya melakukan tindakan yang tidak boleh diterima akal.

Menurut wanita itu, individu tersebut selamba menyusukan anaknya ketika dia sedang sibuk menyiapkan majlis aqiqah si anak.

Apa yang lebih membuatkannya geram adalah individu itu memberikan alasan anaknya menangis dan dia hanya mahu mendiamkan si kecil. Bukan sekali, malah individu berkenaan sudah kantoi dua kali dengannya ketika sedang breastfeed.

Image via googleapis.com

"Tak pernah-pernah dibuat orang, kalau baby nangis aku lagi pass baby tu kat mak dia" - Warganet

Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.8M views, 179.1K likes dan 15.1K shares di TikTok, rata-rata warganet turut meluahkan rasa geram selepas mendengar cerita wanita itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via googleapis.com

Image via googleapis.com

Image via googleapis.com

Entah apa-apa alasan dia, mesti ada niat lain ni. Kesian dekat baby tu! :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment