seismik

Gadis Jadi Duyung Buat Persembahan Menari Dalam Aquaria, Komen Netizen Pula Bikin Terhibur

Hebat gila, aku ni shampoo rambut pun rasa macam lemas - Netizen.

Cover image via @reina_nana1014 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernah tak anda terfikir untuk menahan nafas semata-mata untuk menari di dalam air ketika sedang menyelam?

Hanya mereka yang expert je boleh buat macam itu. Kalau tidak pandai mengawal pernafasan, memang lemas jadinya.

Baru-baru ini, tular pula sebuah video di laman TikTok memaparkan seorang gadis yang membuat persembahan sebagai duyung di Aquaria KLCC telah menarik perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Santai menari lagu Cupid dari kumpulan FIFTY FIFTY yang tengah trending

Menerusi perkongsian video daripada @reina_nana1014, kelihatan gadis itu memakai kostum lengkap persis seekor ikan duyung.

Dia dilihat sedang menari lagu Cupid iaitu lagu yang sedang trending di laman TikTok sekarang. Apa yang mencuri tumpuan adalah dia tidak kelihatan cemas, sebaliknya santai menarikan lagu tersebut dengan step tariannya.

Lebih menarik perhatian, dia juga dilihat memberikan senyuman kepada penonton yang hadir menyaksikan persembahannya itu.

"Terpegun bukan sebab cantik tapi sebab gempa gil boleh tahan nafas lama gitu. Rilek je member senyum buat TikTok" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 2.6M views, 237.8K likes dan 10.6K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji skill gadis itu yang pandai mengawal pernafasan dalam tempoh lama.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dah lah cantik, berbakat pula tu! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: