seismik

[VIDEO] Tuan Rumah Buat Tour Dalam 'Istana' Kucing, Ramai Terpegun Sebab Mewah Sangat

Siap ada aircond!

Cover image via @liena.abu (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau dah namanya pencinta kucing, memang kita akan sanggup berhabis duit demi haiwan kesayangan itu betul tak?

Kadang-kadang, aksesori dan makanan kucing saja boleh mencecah ribuan ringgit dalam masa sebulan. Tetapi, apa salahnya kalau demi keselesaan si gebu.

Tular pula baru-baru ini sebuah video memaparkan seorang wanita membuat tour dalam istana kucingnya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@liena.abu

Sebab ramai dah request dalam dia jom kita masuk sama2 okey #rumahkucing #catlover

Suasana Hari Raya (COVER) - MAZRO AKHIRO

Istana kucing mewah siap ada aircond dan CCTV

Menerusi video yang dimuat naik oleh @liena.abu, kelihatan wanita itu menunjukkan istana kucingnya yang persis banglo mewah diduduki oleh manusia.

Dapat dilihat di luar kawasan rumah kucing itu, terdapat laman yang sangat kemas dengan rumput artificial serta lampu chandelier di perkarangannya.

Sebaik saja wanita itu membuka tingkap rumah tersebut, kelihatan beberapa ekor kucing gebu yang comel di dalamnya.

Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah hiasan di dalam istana kucing itu sangat mewah dan cantik. Selain daripada tangga, tempat bermain dan penghawa dingin, terdapat juga CCTV di sudut atas istana tersebut.

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 380.6K views, 28.3K likes dan 4.6 shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai istana kucing itu

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kucing pun hidup mewah, jealous lah Admin! :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: