seismik

"Wan Maimunah Pun Tak Macam Ni" - Budak Lelaki Salam Raya Siap Baring Ini Undang Tawa

Drama betul kau dik, haha terhibur tengok!

Cover image via @muhd4lyff (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap kali tibanya raya, sudah pasti akan ada sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara ahli keluarga

Waktu inilah kita akan memohon ampun kepada keluarga terutamanya ibu dan ayah agar mereka memaafkan segala salah silap kita selama ini. Menangis itu memang sudah menjadi kebiasaan.

Namun, lain pula yang berlaku dalam sebuah video tular ini apabila gelagat seorang budak lelaki menyalam ibunya sampai menangis terbaring telah mencuit hati netizen.

Lihat video itu di bawah:

Mula-mula nangis, tak sangka pula nak buat drama sampai terbaring

Menerusi perkongsian video daripada @muhd4lyff, kelihatan budak lelaki berbaju Melayu hitam itu sedang menyalam ibunya di pagi raya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia dilihat menangis teresak-esak sambil menyalam tangan ibunya itu seolah-olah banyak kesalahan yang dilakukan.

Namun, lebih menghiburkan ramai adalah apabila dia terus baring di atas lantai sambil meneruskan tangisannya. Si ibu dan ahli keluarga yang lain pula tergelak melihat aksi spontan budak lelaki itu.

"Betul-betul banyak kesalahan ni, haha lawaklah. Dah la comel, hati tisu lah kau dik" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 944.4K views, 92.2K likes dan 20K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat drama raya budak lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Apalah salah adik tu sampai dia menangis bersungguh-sungguh ya? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: