seismik

[VIDEO] Nabila Huda Kongsi Makanan Dengan Kucing, Tapi Netizen Pula Tinggalkan Komen Lawak

Comel je meow makan Koko Krunch.

Cover image via @abilsuhaimi (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pencinta kucing, mereka sanggup buat apa saja demi keselesaan haiwan kesayangan tersebut

Bukan saja dari segi makanan, malah tempat tinggal kucing pun ada yang dihias cantik seperti hotel tau. Jadi, tidak hairanlah kos memelihara kucing boleh mencecah ribuan ringgit sebulan.

Baru-baru ini, tular pula sebuah video memaparkan pelakon Nabila Huda berkongsi makanan dengan kucingnya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Kongsi Koko Krunch dalam mangkuk yang sama, tapi komen netizen pula melucukan

Menerusi video yang dimuat naik oleh Nabila Huda atau nama TikToknya @abilsuhaimi, kelihatan dia sedang menikmati Koko Krunch di dapurnya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila kucingnya yang berwarna Oren dilihat turut berkongsi mangkuk yang sama dengannya dan sakan menjilat susu.

Gelagat mereka berdua berjaya menjadi perhatian ramai di laman TikTok, tetapi ramai pula yang meninggalkan komen lucu mengenai kucing mereka.

"Kucing aku bau mulut nauzubillah, nak sharing caring pun kembang tekak hahaha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 860.1K tontonan, 37.8K tanda suka serta 3.5K perkongsian di laman TikTok.


Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Adoi, lawaklah komen masing-masing. Tapi tahukah anda, sebenarnya air liur kucing mengandungi histins yang boleh menyembuhkan luka tau :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: