Risau Tak Jumpa, Pak Cik Tunggu Anak Depan Pintu Di Masjid Nabawi Ini Buat Ramai Tersentuh
Awh, sweetnya pak cik!
Selalunya, hubungan antara ayah dan anak perempuan dikatakan lebih rapat berbanding ibu
Begitu juga dengan anak lelaki. Mereka lebih rapat dan selesa dengan ibu berbanding ayah. Lumrahnya memang seperti itu sejak kecil lagi. Betul tak?
Kasih sayang ayah terhadap anak perempuan lebih jelas kelihatan. Iyalah, anak perempuan kan lebih manja daripada anak lelaki.
Tular pula sebuah video baru-baru ini apabila seorang pak cik menunggu anaknya di salah satu pintu di Masjid Nabawi ketika membuat umrah telah menyentuh hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Setia berdiri lama depan salah satu pintu di Masjid Nabawi sebab risau anak tak jumpa
Menerusi perkongsian video daripada @fadjohari, kelihatan pak cik itu sedang berdiri di pintu bernombor 35 di kawasan Masjid Nabawi.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila pak cik itu dilihat memerhati orang yang lalu-lalang di situ sambil mencari anaknya.
Disebabkan anaknya memakai niqab, agak sukar untuk dia mencari. Oleh kerana dia risau si anak tak jumpa di mana dia berada, pak cik itu menghantar mesej "salam kak ude, ayah ada pintu 35".
Lebih menyentuh hati ramai, senyuman terpancar di wajahnya apabila dapat berjumpa dengan si anak.
"Just imagine macam tu la mak ayah kita tunggu kat depan pintu syurga and bahagianya senyuman mereka" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 302.7K tontonan, 46.8K tanda suka serta 704 perkongsian di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut tersentuh melihat kasih sayang dan prihatin pak cik itu kepada anak perempuannya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!