seismik

Tengah Teman Nak Bayar Dekat Cashier, Sekali Isteri Perasan 'Something' Pada Baju Suami

Alamak, yang ni memang malu. Lari bang, lari!

Cover image via @_sabrinaznl (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, pada awal minggu di bulan Ramadan sememangnya agak sedikit penat dan membuatkan kita tidak bermaya

Perasaan mengantuk memang tidak boleh dikawal. Kadangkala, keadaan mamai menjadikan kita tidak sedar akan apa yang kita lakukan.

Seperti sebuah video ini yang memaparkan seorang lelaki terciduk malu selepas isterinya menegur keadaan bajunya telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak perasan pakai baju terbalik, bila isteri tegur terus tutup muka

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_sabrinaznl, kelihatan lelaki itu sedang beratur untuk membayar barangan dapur bersama isterinya di sebuah pasar raya.

Apa yang mencuit hati si isteri adalah apabila dia ternampak baju yang dipakai suaminya itu terbalik. Si suami masih lagi tidak perasan dan selamba beratur sehinggalah si isteri menegurnya.

Lebih menghiburkan, lelaki itu yang terciduk terus menutup muka sambil menahan gelak. Selepas membuat pembayaran di kaunter, dia dilihat meluru keluar dari pasar raya itu meninggalkan isterinya kerana berasa malu. 

"Patut tegur lepas habis bayar haha. Habis sekarang satu Malaysia tahu" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 391.2K views, 20.2K likes dan 2.1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak apa bang, kalau orang tegur cakap je fesyen terbaru :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: