seismik

Gelagat Pekerja & Customer McD Borak Loghat Nogori Masa Order Makanan Buat Ramai Terhibur

Comel je dua-dua, macam borak dengan member je.

Cover image via @imhaze97 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia dikenali dengan negara mempunyai pelbagai loghat di setiap negeri yang sangat unik

Boleh dikatakan, setiap loghat yang ada dalam negeri-negeri di Malaysia ini sangat menarik untuk dipelajari. Antara loghat yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia adalah Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Sabah.

Tular baru-baru ini, sebuah video memaparkan gelagat pelanggan McDonald's memesan makanan di drive-thru menggunakan loghat 'Nogori' telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@imhaze97

Memang auto kluar bahaso nogori ehh montang-ii baru balik kg. #fyp #viraltiktok #raya2023 #foryou #nogorian

original sound - Imhaze97 - Imhaze97

Buat pesanan guna loghat Nogori, tak sangka pekerja McD pun melayan

Menerusi video berdurasi 1 minit 13 saat yang dimuat naik oleh @imhaze97, kelihatan pemuda itu sedang membuat pesanan di salah satu cawangan McDonald's yang terletak di Negeri Sembilan.

Apa yang menghiburkan adalah apabila dia memesan makanan menggunakan loghat Nogori dan pekerja McD itu juga spontan membalas dengan loghat yang sama.

Semasa membuat pembayaran, kelihatan pekerja McD itu ketawa melihat pemuda berkenaan menyambung bercakap loghat Nogori.

"Banyak-banyak negeri aku suka dengar orang Negeri Sembilan cakap, comel betul" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 404.2K tontonan, 38.1K tanda suka serta 3.1K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka berdua. Malah, ramai yang menyukai loghat Negeri Sembilan selepas mendengar perbualan mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau jumpa dengan orang yang sama negeri dengan kita memang terus bertukar loghat, baru ada feel nak borak :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: