Mencarut Sebab Tak Dapat Duit Raya, Budak Lelaki Kacau Orang Di Restoran Ini Cetus Kecaman
Nak kena budak ni, memang biadab.
Kebiasaannya apabila kita makan di restoran, pasti kita akan didatangi oleh peminta sedekah atau penjual makanan bukan?
Kadangkala memang rasa sedikit rimas, namun apa salahnya jika kita menderma seikhlas hati. Walaupun sebenarnya sudah banyak kes sindiket yang dilakukan terhadap golongan peminta sedekah ini.
Tetapi, berbeza pula dengan situasi yang dihadapi oleh gadis ini apabila dia dikacau oleh seorang budak lelaki di restoran telah membuatkan ramai naik angin.
Lihat video penuh itu di bawah:
Banyak kali minta duit raya, selamba pergi dekat meja lain dan kacau orang tengah makan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @meyoxoxo, kelihatan gadis itu sedang makan bersama kawannya di sebuah restoran.
Tiba-tiba datang seorang budak lelaki di belakangnya meminta duit raya berulang kali dengan membuat muka tebal.
Apa yang membuatkan gadis itu naik angin adalah apabila budak lelaki itu tidak dilayan, dia bertindak mencarut dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar oleh orang sekeliling.
Malah, dia seolah-olah tiada adab dengan orang yang lebih tua darinya dan selamba meminta sebatang rokok daripada sekumpulan lelaki di belakang meja gadis itu.
"Budak kecik pandang aku kat kedai makan pun aku dah jeling ni kan pulak yang macam ni, memang aku tampar" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 384.1K views, 11.3K likes serta 6.6K retweets di Twitter, rata-rata netizen turut naik angin melihat perbuatan budak lelaki itu yang tidak beradab di tempat umum.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!