seismik

YouTube Dah Senyap Tiada Video Baru, Ramai Tertanya-Tanya & Rindukan Resipi Sugu Pavithra

"One hit wonder" - Warganet.

Cover image via Malaysia Gazette & mStar

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda masih ingat, nama Sugu Pavithra pernah meningkat naik dan menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia pada tahun 2020 kerana dia sering berkongsi resipi di YouTube channelnya

Tatkala negara dilanda pandemik Covid-19, ramai influencer makanan termasuklah Sugu menjadi tumpuan ramai kerana kita semua terkurung di rumah dan masing-masing menjadikan memasak sebagai hobi.

Penangan Sugu membuatkan ramai kagum melihat kejayaannya sehingga video-video masakannya sering dikongsi di televisyen. Malah, Sugu juga pernah ditawarkan menjadi model majalah Pepatung.

Walau bagaimanapun, semenjak tahun lepas, namanya mula menurun dan tiada lagi video resipi dimuat naik di channel YouTubenya telah mendapat perhatian ramai.

Ramai tertanya-tanya ke mana perginya Sugu Pavithra dan rindu resipi masakannya

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pengguna bernama @skyflyingace, kelihatan individu itu menangkap layar video terakhir yang dikongsi oleh Sugu adalah pada tahun lepas.

Namun, dia menyuarakan rasa pelik apabila tahun ini tiada satu pun resipi masakan Sugu yang dimuat naik di channel YouTubenya.

"What happen to her? Last video about a year ago. I thought they relied fully on YouTube for their income? I am sure she still have many recipes to share," katanya.

"Dengar cerita laki dia tak suka segala fame yang dia dapat dulu. Bukan semua orang can handle fame. Sure they choose to senyap for their better life" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah mendapat 1.7K retweets, 6.4K likes dan 100 quotes di laman Twitter.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut merindui resipi masakan daripada Sugu. Ada juga yang memberikan pendapat mereka mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Semoga Sugu kembali aktif berkongsi resipi masakannya di media sosial. Min minat dengan cara dia yang tersendiri! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: