Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Warga Emas Tertekan Pedal Minyak Sampai Rempuh Dinding Kaca Kedai Hingga Berkecai

Difahamkan, wanita warga emas itu baru selesai mengisi petrol keretanya.

Cover image via @BuletinTV3 (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gara-gara tertekan pedal minyak, kereta dipandu seorang wanita warga emas yang baru selesai mengisi petrol melanggar sebuah motosikal skuter Honda Vario, sebelum merempuh dinding cermin pasar mini di sebuah stesen minyak

Difahamkan, kejadian berlaku di Sungai Petani, Kedah. Namun, wanita berusia 83 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menerusi laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku pada jam 10.03 pagi membabitkan sebuah kereta dan skuter di kawasan parkir sebuah pasar mini.

Image via @BuletinTV3 (X)

Menurut beliau, ketika itu wanita warga emas berkenaan yang memandu Perodua Myvi baru selesai mengisi petrol di stesen minyak terbabit, manakala skuter pula ditinggalkan tanpa penunggang.

"Hasil siasatan awal mendapati sebaik warga emas itu hendak memulakan perjalanan, dia tertekan pedal minyak secara tidak sengaja sehingga terlanggar bahagian belakang skuter yang diletakkan di kawasan parkir.

"Berikutan itu, kereta dan skuter terus meluncur ke hadapan dan memecahkan dinding cermin pasar mini berkenaan, namun pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Tambahnya, kemalangan terbabit telah dikesan tular di Facebook dan siasatan dibuat mengikut Kaedah 10 LN 166/59.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment