seismik

Zahiril Adzim Ditegur Makan Bercakap Masa Live, Ustaz 'Back Up' Rupanya Ia Adalah Sunnah

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Cover image via @drrozaimiramleofficial (TikTok) & @roslizawatiakasim (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular video seorang pelakon, Zahiril Adzim yang menerima teguran ramai dek kerana makan sambil bercakap ketika membuat live di TikTok

Namun, teguran itu telah dibidas sendiri oleh Zahiril yang kemudiannya memberitahu bahawa bercakap ketika makan adalah sunnah Rasulullah SAW.

Tetapi, dia juga memberitahu apa yang tidak manisnya adalah apabila seseorang itu bercakap dalam keadaan sedang mengunyah dan ketika mulut dipenuhi dengan makanan.

Lihat video di bawah:

@roslizawatiakasim sedikit ilmu Dr ketua @zahiriladzim original sound - Rose

Penceramah ulas isu berkenaan video tular

Penjelasan daripada Zahiril Adzim ternyata mendapat perhatian penceramah agama, Dr. Rozaimi Ramle.

Menurutnya, sebenarnya ada hadis daripada Rasulullah SAW yang memberitahu kita sebenarnya boleh untuk bercakap ketika makan.

"Apa yang dikatakan oleh Zahiril Adzim itu adalah benar.

"Dalam hadis riwayat Imam Bukhari, Nabi Muhammad SAW diberikan kambing bahagian betis lalu baginda menjamah sedikit daripada daging tersebut lalu menyebut, ‘Aku adalah penghulu bagi manusia’.

"Dalam hadis lain pula, Nabi Muhammad SAW telah bertanyakan kepada keluarganya apakah lauk untuk dimakan lalu mereka menjawab, ‘Kami hanya mempunyai cuka. Nabi SAW kemudiannya mengatakan, ‘Sebaik-baik lauk ialah cuka’.

"Imam Nawawi juga mengatakan hadis ini menunjukkan bahawa digalakkan untuk bercakap-cakap ketika sedang makan kerana ia memberikan kemesraan kepada orang yang sedang makan dengan kita," jelasnya.

Sementara itu, dipetik dari laman web Buku Dr Zulkifli menjelaskan bahawa berbual-bual atau bercakap-cakap ketika makan tidaklah dilarang, sebaliknya kita dianjurkan atau disunatkan untuk bercakap-cakap perkara yang baik ketika makan dan begitu juga bercerita tentang kisah orang-orang soleh.

Apatah lagi, dengan berbual-bual atau bersembang-sembang itu akan menjadikan suasana makan lebih menyeronokkan, di samping mengeratkan lagi ukhuwah sesama Muslim dan juga menjadi salah satu cara untuk saling mengingatkan tentang kebaikan.

Lihat video penjelasan di bawah:

@drrozaimiramleofficial Sunnah bercakap ketika makan???ikuti perkongsian ini, semoga bermanfaat. #UniSIRAJ #disinipencintasunnahdilahirkan #AndaiTiadaDia #sunnah original sound - albatross

Semoga bertambah ilmu kita lepas ini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: