[VIDEO] YouTuber Minta Mat Salleh Ini Cakap "Budak Ood", Tapi Bunyinya Pula Menghiburkan
Dia pun layan je.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bercuti atau travel ke luar negara adalah perkara yang pasti menyeronokan
Kita dapat lihat kecantikan yang terdapat pada negara tersebut, malah dapat bertemu dengan ramai orang. Tambahan lagi jika ke negara mat salleh, rasa excited pun ada.
Namun, lain pula terjadi dengan video viral ini apabila seorang YouTuber meminta seorang lelaki mat salleh untuk bercakap sesuatu perkataan telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Saja minta mat salleh cakap perkataan sebab tengah 'famous'
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda yang juga YouTuber sedang bercuti di salah sebuah negara.
Namun, dia kemudian terjumpa seorang lelaki mat salleh dan memintanya untuk bercakap ayat "budak ood siak".
Pada awalnya, mat salleh tersebut ingat ia adalah perkataan yang buruk tetapi selepas dijelaskan, dia akhirnya bercakap. Apa yang lebih menghiburkan adalah slang mat sallehnya yang membuatkan ramai terhibur mendengar ayat itu.
Malah, YouTuber itu sempat memintanya untuk bercakap satu lagi ayat iaitu "pape roger" kerana dia perlu beredar dan mengucapkan terima kasih padanya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Hahaha dia ikut sekali yang last tu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur mendengarnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2M views, 363.1K likes dan 4,436 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @jyn_.10 (TikTok)
Image via @jyn_.10 (TikTok)
Image via @jyn_.10 (TikTok)
Image via @jyn_.10 (TikTok)
Image via @jyn_.10 (TikTok)
Aduhai, part last pun dia bantai ikut ya. Kelakar! :D
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment