x

seismik

[VIDEO] Siap Pakai Topi Keledar, Aksi Lelaki 'Berlawan' Dengan Kambing Ini Undang Tawa

Kambing pun bengang je jadi.

Cover image via @eykaldanial (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Banyak video kelakar yang kita boleh lihat hari ini dimuat naik di media sosial

Daripada manusia sehinggalah haiwan, bermacam-macam ragam yang jadi dan kemudian tular. Kadangkala ia boleh menghiburkan hari-hari kita.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila aksi seorang lelaki lelaki 'berlawan' dengan seekor kambing telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bantai guna helmet 'bergaduh' dengan kambing

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki memakai topi keledar sedang bersama dengan seekor kambing di luar kawasan perumahan.

Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia dilihat bersiap sedia seperti mahu 'bergaduh' dengan kambing tersebut.

Setiap kali kambing itu mahu menyerangnya, dia terus menundukkan kepalanya agar terkena helmet yang dipakainya.

"Ini yang dinamakan keras kepala" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 202.8K likes dan 5,724 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, dengan kambing pun jadi ya. Nasib baik pakai tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: