[VIDEO] Pusing Handle Laju Sangat, Lelaki Jatuh Titi Masa Ujian Motor Undang Ketawa
Tak rileks betul lajunya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebelum memiliki lesen, sudah pasti kita perlu melalui pelbagai ujian untuk mendapatkannya
Tidak kiralah bagi kereta, motor, mahupun lori. Semuanya akan dinilai sebelum kita betul-betul layak mendapatkannya. Tentu pelbagai kenangan pahit dan manis kita pernah lalui bukan?
Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila gelagat seorang lelaki terjatuh motor semasa melalui titi jambatan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terpusing handle minyak laju sangat sampai tak boleh kawal
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di salah sebuah institut latihan memandu untuk belajar menaiki motosikal.
Dia dilihat sedang bersiap sedia untuk melalui jambatan di depannya. Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah pada awalnya dia kelihatan dapat melaluinya.
Tetapi, di penghujungnya dia terjatuh kerana memusing handle dengan laju. Situasi itu membuatkan dia tidak dapat mengawalnya sehingga terlanggar kon di situ.
"Rasa jahat pula gelak, tapi kelakar hon tu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi masing-masing selepas melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.9M views, 317.5K likes dan 10.7K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: