seismik

[VIDEO] Suruh Anak Buah Turun Tangga Elok-Elok, Tapi Si Penjaga Pula Buat Hal 'Tergolek'

Siapa jaga siapa ni ya. Haha!

Cover image via @wawamznr (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi yang mempunyai abang dan kakak, anda pasti tidak sabar untuk mendapat anak buah bukan?

Kehadiran mereka ini sedikit sebanyak telah mengubah hidup anda sebagai mak cik atau pak cik, tambahan lagi buat yang pertama kali. Memang teruja dibuatnya main dengan si kecil ini.

Sudah pasti banyak aktiviti yang anda tidak sabar untuk dilakukan bersama mereka ini. Rasa seperti anak sendiri pun ada.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila gelagat seorang penjaga menjaga anak buahnya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@wawamznr Yang ‘dijaga’ dan ‘penjaga’ ‍ #fyp I'm Addicted To - SUBAG GOO

Malu lepas jatuh tergolek nak turun tangga

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis bersama dengan seorang budak lelaki sedang berada di sebuah taman permainan.

Pada awalnya, gadis itu memberitahu anak buahnya itu untuk turun perlahan-lahan dan elok-elok kerana takut terjatuh.

Tetapi, apa yang lebih menghiburkan adalah percakapannya itu malah berbalik kepada dirinya. Semasa dia mahu menurun anak tangga itu, dia dilihat jatuh tergolek. Situasi itu membuatkan dia merasa malu dan cepat-cepat beredar.

"Last-last dia yang tak tengok bawah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si penjaga itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 667.8K views, 88.3K likes dan 870 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Suruh orang berhati-hati tapi dia sendiri tergolek macam mana tu. Adeh :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: