seismik

Lebih 5 Juta Views TikTok, Video Kucing Tak Bergerak Jadi Model Ini Raih Perhatian Netizen

Pandai buat kerja ya.

Cover image via @cicichania96 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti kita banyak melihat pelbagai gelagat kucing yang dikongsi dalam media sosial bukan?

Ada saja telatah mereka yang mencuit hati kita. Tambahan lagi buat kucing Oyen, macam-macam hal dibuatnya.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini memaparkan dua ekor kucing menjadi model baju semasa tuannya sedang membuat live telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu dibawah:

Langsung tak bergerak masa tuan tengah buat live jual baju

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita dari negara seberang sedang menjual pakaian kucing di laman TikToknya.

 Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dua ekor kucing peliharaannya sendiri yang menjadi model untuk memperagakan baju tersebut.

Malah, kedua-dua kucing itu dilihat duduk diam dan tidak bergerak semasa tuannya sedang mempromosikan baju tersebut.

"How much is the cat getting paid" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut tertarik dengan aksi kucing-kucing tersebut yang bijak dan mendengar cakap.

Malah, ada yang siap bertanyakan berapakah jumlah bayaran yang diterima  kucing itu untuk menjadi model.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 5.6M views, 565.7K likes dan 12.6K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Baguslah awak ni meow, duduk diam je ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: