Viral Video Nasi Tak Jadi Nak Bubur Lepas Bubuh Roti, Pemuda Ini Uji Sendiri Kebenarannya!
Boleh ke roti keringkan semula nasi lembik?
Betullah orang kata, pada masa kini, semua benda ada di hujung jari kita lebih-lebih lagi dengan adanya internet
Meskipun internet sudah menjadi salah satu platform yang paling banyak kita gunakan untuk memudahkan kehidupan, namun tidak semua perkara didalamnya adalah sahih dan boleh dipercayai.
Bahkan, buat mereka yang suka memasak pula, pastinya anda pernah melihat beberapa tips dan cooking hacks di internet untuk memudahkan anda memasak.
Tetapi, ternyata tidak semua tips di internet ini boleh diamalkan dengan betul. Anda mesti perlu tahu dahulu apa yang betul dan apa yang salah.
Salah satu tips memasak yang viral baru-baru ini adalah memulihkan semula nasi yang sudah terlebih lembik.
Caranya? Dengan meletakkan sekeping roti didalam nasi lembik itu.
Kalau bab memasak nasi ini, meskipun nampak mudah, namun kalau tidak kena dengan caranya, boleh jadi nasi itu akhirnya tidak boleh dimakan pun.
Image via Iluminasi
Nasi lembiklah, nasi keraslah, nasi sudah menjadi bubur pun ada.
Tapi menurut satu video keluaran Blossom, nasi yang sudah menjadi bubur boleh sahaja kita baikpulihkan semula dengan cara meletakkan sekeping roti di atas nasi itu. Kononnya roti itu mampu menyerap kelembapan pada nasi berkenaan.
Lihat video Blossom di bawah (skip pada saat ke 0.40):
Ekoran tularnya video tersebut, seorang pemuda telah tampil membuat eksperimen untuk menguji kesahihan tips itu
Dalam video berdurasi 1 minit 40 saat itu, pengguna Twitter @AkwaArifin ingin mencuba sendiri teori roti mampu keringkan semula nasi lembik.
Menjadi ataupun tidak? Jeng...jeng...jeng!
Lihat video tersebut di bawah:
Konklusi: Teori itu TIDAK BOLEH PAKAI!
Dah dah, jangan bazir roti!
Daripada bubuh dalam nasi lembik, baik makan dengan jam.
Image via Giphy
Haa.. Ada apa-apa lagi tips memasak yang sebenarnya tak betul?
Kalau ada, letakkan di ruangan komen di bawah!
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment