Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Wanita 25 Tahun Bekerja Sebagai Pemotong Ayam Di Pasar Basah Tarik Perhatian Ramai

Difahamkan, pasar basah itu berada di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru berusia 25 tahun, tetapi seorang wanita bernama Ummi Safiyyah tidak kisah bekerja sebagai pemotong ayam

Menurut sumber, wanita itu membantu sepupunya, Nur Farah Izzati Halim juga berusia 25 tahun menjadi pemotong ayam di Pasar Raja Bot yang lebih dikenali sebagai Pasar Chow Kit.

"Saya sudah biasa dengan bau di pasar basah dan tidak kisah menghabiskan masa di sini biarpun ramai juga yang selalu bertanya kenapa tidak memilih kerja lain kerana saya masih muda.


"Saya memang suka kerja ini kerana ia memerlukan kemahiran tersendiri. Saya ambil masa tiga bulan untuk memahirkan diri memotong ayam dengan cara serta teknik yang betul supaya pelanggan puas hati," katanya.

Image via Harian Metro

Pernah diusik pelanggan yang mahu berkenalan

Tambah wanita yang berasal dari Sentul itu, dia tidak pernah memilih kerja kerana baginya apa yang lebih penting adalah sesuatu kerja itu halal. Wanita itu juga mengatakan ramai terkejut wanita di usia mereka bekerja sebagai pemotong ayam di pasar basah.

"Ramai yang terkejut melihat saya dan sepupu yang masih muda menjual ayam kerana peniaga ayam di sini sebahagian besarnya adalah lelaki manakala wanita pula agak berusia.

“Usikan memang ada namun kami tahu ia sekadar gurauan,” katanya lagi.

“Biasalah, duduk di pasar ini ada baunya. Apatah lagi saya pula potong ayam yang pastinya ada sedikit bau hanyir ayam yang melekat di baju. Tetapi, saya tidak kisah kerana sudah biasa malah gembira berkerja di sini,” tambahnya.

Sebelum ini, wanita itu pernah bekerja di pejabat sebelum membantu sepupunya bekerja sepenuh masa di gerai berkenaan sejak dua tahun lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment