Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Wanita Australia Dakwa Rakan Malaysia Dilayan Teruk Ketika Berada Di Korea Selatan

Namun, masih tiada bukti mengenai dakwaan itu.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bercuti ke negara idaman sememagnya impian ramai orang

Tambahan lagi, bila sudah lama mengumpul duit untuk pergi ke negara tersebut, pasti ada rasa teruja itu betul tak?

Jika dilihat, rata-rata rakyat Malaysia gemar untuk melacong ke negara Korea Selatan kerana suasana yang cantik di sana. Boleh dikatakan ramai juga rakyat Malaysia yang datang ke Korea Selatan ini.

Namun, baru-baru ini seorang pempengaruh wanita dari Australia mendakwa layanan teruk yang diterima rakan Malaysia ketika sedang bekerja.

Image via @jazmynjenningss (TikTok)

Dakwa ada orang Korea Selatan yang melayannya cara berbeza

Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Jazmyn itu berkongsi pengalamannya ketika bekerja di sebuah restoran di Korea Selatan.

Difahamkan, ketika dia bekerja terdapat seorang rakyat Malaysia yang bekerja di restoran berkenaan.

Namun, dia dilayan teruk oleh pengurusan di sana walaupun dia mempunyai kemahiran bercakap Korea dan skil yang tinggi. Malah, rakannya itu turut dilemparkan kata-kata kesat dan dimarahi dengan teruk.

Berbeza pula buat dirinya yang hanya tahu satu dua ayat Korea sahaja tetapi masih dilayan dengan baik.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Seserina

Pemandu teksi juga enggan melayan rakan dari Malaysia

Bukan itu sahaja, wanita itu juga berkongsi insiden ketika dia dan rakannya sedang berada di dalam teksi.

Pemandu teksi itu enggan untuk bercakap dengan rakannya, tetapi hanya bercakap dengan Jazymn sahaja walaupun dia menjadi penterjemah kepada Jazmyn ketika berbual.

Perkara itu membuatkan Jazmyn kecewa dan menganggap sesetengah orang Korea Selatan mempunyai sifat Xenofobia yang bermaksud ketakutan atau kebencian yang dianggap asing atau pelik.

Menurut Jazmyn, dia mendapat layanan yang baik kerana kulitnya yang berwarna putih dan rupa paras menarik berbanding dengan mereka yang kulit gelap yang datang dari negara seperti Malaysia, Filipina, Taiwan atau China yang mungkin dianggap tidak mencapai standard mereka. 

Tambahnya, sikap ini hanya dilihat dalam kalangan individu yang sudah berusia, berbeza dengan golongan muda yang berfikiran lebih terbuka.

Lihat video penuh itu di bawah:

Macam racism pun ada ya :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment