seismik

Pak Cik Hias Pelbagai Reka Bentuk Guna Lampu Kelip-Kelip Di Halaman Rumah. Kreatif!

Mesti jiran dia tertarik tengok.

Cover image via @puchongviral (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dekorasi rumah sememangnya perlu untuk membuat rumah kita lebih cantik

Tambahan lagi jika itu adalah rumah sendiri, pasti macam-macam mahu dilakukannya betul tak? Tak kira di dalam atau di luar rumah.

Bila orang tengok dari jauh dah tahu itu adalah rumah kita. Namun, ia terpulang kepada kreativiti anda sendiri tentang bagaimana anda mahu menghiasnya.

Lain pula dengan kreativiti seorang pak cik ini yang menghias halaman rumahnya menggunakan lampu kelip-kelip.

Mula buat dekorasi semasa zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi dekorasi di halaman rumah seorang pak cik yang dilihat sangat meriah.

Halaman rumahnya penuh dengan dengan pelbagai reka bentuk berlampu yang sememangnya menarik perhatian. Difahamkan, kesemua lampu itu menggunakan sistem solar.

Pak cik itu mula menghias halaman rumahnya sewaktu musim PKP dan ia masih kekal sehingga kini. Malah, ada juga dekorasi berbentuk KLCC yang sememangnya mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kreatif betul pak cik ni, lawa hiasan dekorasi dia buat :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: