Lelaki Cina Kelantan Teruja Dapat Makan Lagi Singgang & Budu Di Kedai Kegemarannya
Nampak sedap sangat tu dia makan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti yang ramai tahu, makanan lauk singgang memang terkenal di negeri pantai timur
Tak sah tak rasa singgang kalau ke pantai timur, anda pasti kena cuba sekali ketika datang. Tetapi, kini di negeri lain juga mudah didapati lauk singgang ini.
Lain pula ceritanya dengan seorang lelaki Cina ini yang merasa teruja kerana akhirnya dapat makan ke restoran kegemarannya setelah sekian lama.
Setahun tak jumpa, akhirnya bertemu kembali
Menerusi video tersebut, kelihatan pemilik restoran berkenaan memberitahu pelanggannya itu sudah lama tidak datang ke restorannya selama hampir setahun atas kesibukan pemuda itu.
Difahamkan, pemuda Cina itu berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan lauk kegemaran pemuda itu adalah singgang ikan bersama budu.
Malah, dia juga dilihat begitu berselera selepas mendapat hidangan daripada restoran tersebut.
"Cina Kelantan memang terbaik dan sopan" - Netizen
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memuji sikap pemuda berkenaan yang dilihat bersopan santun dan peramah.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 605.4K views, 33K likes dan 821 comments di TikTok.
"Nampak ikhlas, komunikasi terbaik, perpaduan semestinya," kata seorang netizen.
"Paling suka tengok Cina cakap Kelantan," kata seorang lagi netizen.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!