seismik

Setia Bekerja Selama 12 Tahun, Pemuda Terima Hadiah Rumah & Bonus Raya Dari Majikan Cina

Rezeki dia dapat bos yang baik.

Cover image via Sunny Seow (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap individu pasti menginginkan pekerjaan impian mereka selepas tamat pembelajaran

Sudah tentu gaji juga memainkan peranan penting untuk meneruskan kehidupan dengan ekonomi sekarang.

Disebabkan lambakan graduan yang banyak, telah menyukarkan seseorang itu mendapat kerja. Tetapi, jika diberi peluang sebaiknya ambil sahaja daripada tiada pekerjaan betul tak?

Gaji boleh bermula dari bawah, mana tahu satu hari nanti dapatlah gaji seperti yang diidamkan. 

Situasi itu sama seperti apa yang berlaku kepada dua orang pemuda Melayu yang mendapat ganjaran daripada majikan mereka.

Setia bekerja daripada gaji kecil hinggalah besar

Menerusi hantaran yang dikongsikan di laman Facebook, seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Sunny Seow itu berkongsi detik ketika dia memberikan ganjaran kepada dua pekerja Melayu.

Difahamkan, mereka mendapat dua bulan bonus dan cuti seminggu sempena hari raya nanti.

Mereka telah setia bekerja bersamanya selama 12 tahun, daripada gaji RM900 sebulan sehinggalah kini mendapat RM5,000 sebulan.

"Mereka mengikuti saya untuk berniaga sejak berumur 16 tahun. Selama bertahun-tahun saya telah membelikan mereka sebuah kereta dan sebuah rumah.

"Salah seorang mereka telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Saya mengubah nasib sebuah keluarga. Membantu mereka keluar dari kemiskinan.

"Terima kasih untuk 12 tahun kesetiaan kepada syarikat saya. Walaupun tidak menghasilkan banyak, tetapi ia cukup bagus," tulisnya.

Lihat hantaran penuh itu di bawah:

Untung mereka dapat bos yang prihatin macam ini, bukan senang nak dapat! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: