seismik

Ibu Aliff Syukri Rayu Delete Video Lagu Raya - "Mana Malu? Mana Letak Maruah?"

Difahamkan, Aliff sudah pun menuruti permintaan ibunya itu.

Cover image via @aliffsyukriterlajaklaris (Instagram) & Rozita Ibrahim (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Usahawan dan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila berkongsi bakal mengeluarkan lagu rayanya yang terbaru

Perkara itu turut mendapat perhatian ibunya iaitu Rozita Ibrahim atau lebih dikenali dengan Bonda Rozita, apabila beliau memberi respon terhadap lagu anaknya itu.

Menurut Bonda Rozita, beliau meluahkan rasa kecewa pada Aliff kerana lebih memilih untuk melancarkan lagu berbanding mengejar 10 malam terakhir Ramadan.

Malah, beliau memberitahu tidak kuat untuk menerima kritikan daripada orang ramai yang mendakwa dia tidak pandai mendidik anak.

"Jangan malukan Mak kri @aliffsyukriterlajaklaris delete lagu tu, mak tegur secara terbuka! Kalau kamu sayang mak delete - stop - hentikan selamanya jangan ada lagi lagu raya.

"Hidup mak dah akhir-akhir Kri, sangat tak bahagia begini, Ramadan Kri, hormatilah bulan mulia," tulisnya.

Lihat posting itu di bawah:

Akur permintaan mak, buang video lagu raya di laman sosial

Menerusi laman Instagram milik Aliff Syukri, beliau berkongsi klip video yang memberitahu bakal mengeluarkan lagu raya tahun 2024 tidak lama lagi.

Namun, selepas mendapat respon daripada ibunya, beliau dengan rendah hati membuang video tersebut di laman sosialnya.

"Memang saya kecil hati, saya dah buat susah-susah, dah bayar puluhan ribu penari, videographer semua. Demi permintaan mak saya, saya tunaikan," ujarnya.

Lihat video itu di bawah:

Jangan sedih-sedih datuk, banyak lagi benda lain boleh buat ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: