seismik

Jemaah Kena Ganti Puasa, Pihak Masjid Di Kajang Mohon Maaf Laung Azan Maghrib 4 Minit Awal

Difahamkan, ia disebabkan masalah teknikal yang berlaku.

Cover image via British Muslim & Tribun News (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengurusan Masjid Prima Saujana di Kajang, Selangor, memohon maaf kepada jemaah kerana melaungkan azan Maghrib empat minit lebih awal sebelum waktu sebenar

Menerusi laporan daripada Berita Harian, difahamkan kejadian yang berlaku pada 30 Mac itu adalah disebabkan masalah teknikal yang dihadapi oleh pihak pengurusan masjid berkenaan.

Menurut Nazir Masjid Prima Saujana Kajang, Mohamad Asri Harun, jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari Masjid Prima Saujana Kajang untuk berbuka puasa perlu ganti puasa atau diqada kerana puasa mereka terbatal.

"Pihak masjid sudah merujuk perkara berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan segala kesulitan amat dikesali," katanya dalam satu kenyataan.

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh daripada pihak Masjid Prima Saujana Kajang:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: