seismik

"Terima Kasih Google" - Wanita Luah Rasa Rindu Lihat Gambar Nenek Dalam Google Maps

Dapat juga dia ubat rindu tu.

Cover image via @difashop09 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita harus percaya bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati

Mati ini tidak mengenal usia dan tempat. Di mana-mana saja boleh terjadi. Sudah tentu kehilangan orang yang tersayang amat perit buat kita.

Tambahan lagi, ahli keluarga kita. Tentu akan teringat momen-momen bersama. Namun, kita haruslah menerima takdir tersebut.

Kalau rindu, doakan mereka. Ada juga yang menyimpan barangan dan melihat kembali gambar sebagai pengubat rindu mereka.

Tetapi, berbeza bagi wanita ini apabila dia berkongsi melihat wajah arwah neneknya di Google Maps.

Terubat rasa rindu dapat lihat gambar nenek di Google Maps

Menerusi video di TikTok, seorang wanita berkongsi momen manis selepas dia melihat gambar neneknya yang sedang mengeringkan lebihan nasi di halaman rumah.

Difahamkan, neneknya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Pada tahun 2019, dapat dilihat gambar neneknya itu terakam di dalam Google Maps.

Namun, pada tahun 2023 update gambar itu kembali sepi selepas pemergian neneknya.

Meskipun neneknya sudah tiada, tetapi dia berasa bersyukur kerana dapat melihat neneknya menerusi aplikasi berkenaan.

“Terima kasih Google Maps kerana merakamkan detik ini,” tulisnya.

Lihat video itu di bawah:

Tak sangka boleh lepas rindu lihat gambar dalam Google Maps kan?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: