seismik

Warga Indonesia Jelas Upin & Ipin Jadi Cerita Wajib Ditonton - "Kalian Patut Bangga"

Upin & Ipin mendunia.

Cover image via @anakadaily (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak kenal dengan cerita animasi popular tempatan Upin & Ipin bukan?

Cerita ini telah menjadi fenomena bagi negara bahkan sehingga menjadi fenomena di negara jiran kita Indonesia.

Kita patut berbangga kerana ada cerita animasi tempatan yang berjaya menembusi pasaran luar negara. 

Baru-baru ini, seorang lelaki menjelaskan betapa hebatnya fenomena Upin & Ipin di Indonesia yang telah mencuri perhatian ramai.

Beritahu anak-anak dah mula cakap Melayu

Menerusi video tersebut, seorang lelaki menjawab persoalan yang ditanya oleh seorang pemuda dari Malaysia.

Difahamkan, pemuda itu memberitahu mengapa warga Indonesia bila bertemu rakyat Malaysia sering sahaja bertanyakan mengenai cerita Upin & Ipin.

Lelaki itu kemudian menjawab, ia sebenarnya bukanlah cacian mahupun hinaan. Dia memberitahu cerita Upin & Ipin itu sudah menjadi tontonan harian kanak-kanak di sana, malah orang dewasa juga.

Tambahnya, bahasa Melayu juga sudah menjadi bahasa hari-hari juga di sana.

"Jadi anak saya tu sudah hari-hari sedikit sebanyak telah menggunakan bahasa Melayu contohnya dia mahu ajak kita pergi, 'jomlah ayah pergi'," jelasnya.

Lihat video itu di bawah:

@anakadaily siapa dah pandai cakap malaysia? upin ipin adalah cikgu terbaik #melayu #malaysia #upinipin original sound - Anakadaily

Rakyat Malaysia memang patut bangga sebab satu Indonesia kenal Upin & Ipin :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: